Tuesday, June 17, 2008

Dugaan & Ujian Datang Menimpa 3 Jun 2008 - Tragedi Kemalangan Menimpa Zaki

Aduh... Tahun lepas Pie dengan Mak terkena api sehingga Pie masuk ICU di Hospital Temerloh akibat 70% terbakar. Lepas tu Ngah & Kak Ngah plak accident di Subang hingga Kak Ngah terpaksa menjalani pembedahan memasukkan besi ke dalam kaki. Menjelang akhir tahun 2007, Kak Nie plak masuk Wad di Hospital Kuantan untuk jalani pembedahan di perut!!!

Tahun ni plak Zaki kena langgar oleh Mat Rempit BODOH yang langsung takde lesen!

Tragedi bermula bila Zaki yang menaiki motor Kriss bergerak dari rumah Along untuk balik ke rumah Mak di Taman Bukit Koman (dalam kira-kira 5km). Tiba-tiba, sampai jer kat simpang TBK tu, Zaki dilanggar dari belakang setelah Mat Rempit BODOH tu cuba memotong di double line & simpang!
Kemalangan ngeri itu mengakibatkan Zaki terlantar beberapa hari di Hospital Raub, patah tangan kanan & menerima beberapa jahitan di kepala (atas telinga)... Motor pun masuk workshop!
So, BERHATI-HARI DI JALAN RAYA!

Zaki kemalangan 3 Jun 2008 - Patah tangan Kanan, Jahit Kepala atas telinga kanan



Nie Masuk Wad 24 Dis 2007 Jalani Pembedahan







Pie bertarung dengan Nyawa 4~10 Ogos 2007



Mak turut tercedera














Melecur 70% Badan!

No comments: