Tuesday, June 17, 2008

DD pula Kemalangan di Melaka! 14 Jun 2008

Kita Merancang... Tuhan Juga Ada Perancangan!
DD pada usia 26 tahun, mengalami ujian paling besar dalam hidupnya... DD terlibat dalam kemalangan maut yang meragut 2 nyawa berhampiran Stadium Hang Jebat Melaka, lebih kurang 6km dari rumahnya, namun alhamdulillah DD hanya mengalami kecederaan ringan. Puncanya adalah seekor lembu, yang dilanggar berulang-ulang oleh hampir 10 buah kereta, dan DD adalah kereta yang ke-4!
DD tercampak ke tempat duduk sebelah driver setelah melanggar lembu itu dan terseret di dalam SATRIA kesayangannya sejauh hampir 80m. Tiada kecederaan serius!
Di sini kami sekeluarga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yanti sekeluarga yang cukup banyak membantu DD terutama adik-adik Yanti yang tiba di tempat kejadian untuk membantu DD, serta orang tua Yanti yang sudi membawa DD pergi berubat... Hanya ALLAH dapat membalas jasa kamu.
Dan semoga kunjungan semangat Lah sekeluarga pada 15 Jun dan Ngah, Yus, Lan & Lee pada 16 Jun sampai main snooker dapat sedikit sebanyak memberi bekalan buat DD!
Kereta di bengkel 16 Jun 2008






Kereta beberapa jam sebelum tragedi... DD baru lepas tukar exhaust

Lembu yang dilanggar ... sampai dah jadi carpet! Sebuah MyVi terbalik di tempat kejadian






Kereta rosak teruk... tapi alhamdulillah DD selamat!



Dugaan & Ujian Datang Menimpa 3 Jun 2008 - Tragedi Kemalangan Menimpa Zaki

Aduh... Tahun lepas Pie dengan Mak terkena api sehingga Pie masuk ICU di Hospital Temerloh akibat 70% terbakar. Lepas tu Ngah & Kak Ngah plak accident di Subang hingga Kak Ngah terpaksa menjalani pembedahan memasukkan besi ke dalam kaki. Menjelang akhir tahun 2007, Kak Nie plak masuk Wad di Hospital Kuantan untuk jalani pembedahan di perut!!!

Tahun ni plak Zaki kena langgar oleh Mat Rempit BODOH yang langsung takde lesen!

Tragedi bermula bila Zaki yang menaiki motor Kriss bergerak dari rumah Along untuk balik ke rumah Mak di Taman Bukit Koman (dalam kira-kira 5km). Tiba-tiba, sampai jer kat simpang TBK tu, Zaki dilanggar dari belakang setelah Mat Rempit BODOH tu cuba memotong di double line & simpang!
Kemalangan ngeri itu mengakibatkan Zaki terlantar beberapa hari di Hospital Raub, patah tangan kanan & menerima beberapa jahitan di kepala (atas telinga)... Motor pun masuk workshop!
So, BERHATI-HARI DI JALAN RAYA!

Zaki kemalangan 3 Jun 2008 - Patah tangan Kanan, Jahit Kepala atas telinga kanan



Nie Masuk Wad 24 Dis 2007 Jalani Pembedahan







Pie bertarung dengan Nyawa 4~10 Ogos 2007



Mak turut tercedera














Melecur 70% Badan!

Monday, June 2, 2008

Visit Planetarium Negara 1st Jun 2008

Alyn & Syira suka sangat tengok Program Angkasawan... So, sebagai sebahagian hadiah Alyn dapat no.1 & Syira dapat no.3 dalam exam, kami pun bawa la diorang pegi Planetarium Negara. Moga moga dapat la Alyn & Syira timba ilmu dan pengalaman bila dapat main-main dalam Pesawat Soyuz mainan & bergambar dengan replika angkasawan negara!
Cuma rasanya planetarium negara agak hambar sejak akhir-akhir ni...tak macam 10 tahun dulu!











Kak Ngah masuk wad

Kak Ngah masuk wad lagi... Kali ni jalani pembedahan untuk keluarkan besi-besi dalam kaki yang support tulang. Kami doakan Kak Ngah cepat sembuh!
Antara yang hadir memberi sokongan moral ialah Abah, Mak, Lah & Family serta Aisyah pada hari pembedahan. Lan & Family serta DD & special guest datang pada hari Sabtu 25 Mei. Abg Amin & Family plak turun hari Ahad 26 Mei... Cuma Along tak dapat datang, Kak Long still dalam pantang!
GET WELL SOON KAK NGAH!