Friday, December 5, 2008

Tahniah! Keputusan Exam Anak2 dah keluar!


Angkatan sebahagian anak sedara
Dari kiri - Faris Zikri, Alif Haikal, Arif Hidayat, Izzul Aiman, Irfan, Alyn, Hanis Karmila, Syira, Syasa, Nur Sofea Umaira', Huda Raihanah, Hanis Izzati


Geng2 Anak Dara Pingitann...

Result TADIKA

Fuhhh! Lega, result final exam anak-anak & anak sedara dah keluar...

Apapun Tahniah buat dara sulung aku - Afza Lyna atau nama glamornye Alyn yang berjaya mengekalkan tempat pertama 5-tahun setelah score 4A dalam final exam Tadika Dunia Dinamik 2008
Alyn kekal no. 1 untuk dua tahun berturut2... TAHNIAH!!!

Juga tahniah buat dara ke-2 aku - Insyirah yang walaupun baru 3 tahun tapi berjaya menduduki tempat kedua exam student 4-tahun ... Ini bermakna tahun 2009 Syira akan masuk kelas 5-tahun walaupun dia baru masuk 4-tahun.

Insyirah - 3-tahun, akhirnya berjaya mengalahkan pelajar yang lebih tua!

Anak2 sedara yang lain - Aiman (6-tahun) dapat nombor belasan di Tadika Cheras, Arif (6-tahun) dengan Sofea (5-tahun) masih merahsiakan kedudukan masing2 di Tadika Subang Perdana!
Arif Hidayat & Izzul Aiman akan memasuki darjah satu tahun 2009!

Result SEKOLAH

TAHNIAH AKAK HANIS
Hanis Izzati berjaya dapat tempat ke-2 final exam SK Raub darjah 2.
Haikal (9-tahun), Dinah (7-tahun) & Ayie (7-tahun) masih berlegar2 di nombor yang melebihi jari tangan, malah ada plak yang melebihi jari kaki & tangan!
Haikal mesti belajar lebih ler... kalau gagal dapat top ten, mak long dgn ayah long kena la sekat PS2 tu!
Faris Zikri harus banyak bertanya pada bakal cikgu - Ayah Cik Ijal, Politician - Ayah Lee, & Lecturer - ayah DD

Wednesday, November 26, 2008

Open House Hari Raya Aidilfitri 2008

Banyak kenangan manis bersempena jemputan open-house tahun ni. Walaupun kami tak menganjurkan open house tahun ni, namun beberapa jemputan yang diterima menambahkan lagi kemeriahan aidilfitri 2008.

Raya ke-2: Rumah Nie (pagi) & Rumah Along (tengahari)
Kami sempat celebrate birthday Abah di rumah Nie... Selamat Hari jadi Abah yang ke-61 tahun...

Raya ke-3 - Open House Rumah Mak & Abah


Mak, Abah dan adik2 membuat open house di rumah TBK... dianggarkan seramai hampir 400 orang tetamu membanjiri rumah mak... memang happening!!! Terima kasih pada semua yang hadir...
Lanjutan daripada itu, adik beradik di Lembah Klang turut menyambung raya pada 11 dan 12 Oktober.
11 Oktober - Rumah Lan ... Sukaneka untuk anak-anak turut diadakan dalam suasana cukup meriah
12 Oktober - Rumah Aku (BBQ seafood lagi!)


18 Oktober - Raya rumah Lah
19 Oktober - Open House rumah Shahbini & Faizah
26 Oktober - Open House rumah Rabian & DHRM
...tragedi! Anaty terjun kolam rumah Rabian! Abis basah baju, kasi malu da...
27-Oktober - Open House rumah Masde & Sumaiyah

Wednesday, October 8, 2008

Raya 2008














01 Sep - Start Puasa ... alhamdulillah!
18 Sep - Start mengecat rumah
20 Sep - Settle 85% cat rumah
28 Sep - Settle 100% cat rumah
29 Sep - Balik Raub : Cari buluh lemang...fuhhhh letih! Malam layan lucky ball, walaupun kalah tapi ok la sebab berjaya 'reduce-loss' kat minit-minit akhir!

BERLEMANG DI LIPIS
30 Sep - Balik K.Lipis : berlemang...fuhhh panasssss!

MALAM RAYA
Tapi yang lebih tragis, malam tu kami tak tido, start dengan main daun terup sampai kul 4pagi, kami sambung plak main PS2 sampai Subuh! Kira aku berjaya la jugak masuk final 2 Cup, jadi juara sekali kalahkan Brazil Along!!! Yessssss!

RAYA PERTAMA
01 Oct - Pertama kali sambut raya pertama kat sini selepas Wan meninggal hampir 2 tahun yang lalu... memang sedih tapi perasaan gembira tetap ada!
Tahun ni kitorg satu keluarga bertemakan warna kuning, so semua pakai baju raya warna kuning... dan lebih ganas lagi, tahun ni pengarah projek = abg Amin, dia wajibkan semua pakai baju ni sampai Maghrib!
So, lepas solat kami ziarah kubur arwah Wan & Tok serta saudara2 lain... pastu dalam kul 11am bergambar keluarga.
Lepas beraya rumah pak Teh Jak, kami bergerak ke Raub, singgah beraya rumah Mertua Nie di Kuala Gali, Raub.
Pastu lepak kat Dong umah Tok Dong. kat situ aku ambil kesempatan tido dalam sejam...bangun jer diorg semua dah bersiap nak pegi chow!
Dari umah Tok, kami ke kubur, ziarah kubur arwah Wan. Rumah terakhir kami pegi pada raya pertama tu adalah umah Mertua Ngah di Lembah Klau, jauh gak, dalam 30 min dari rumah Tok.
Sampai rumah Mak kat Raub dalam pukul 7malam... letih giler... dan malam tu adalah tugas kaum laki memasak malam!!! Tapi nasib baik aku tido... hehe, bangun jer nasi dah masak terus makan!
Lepas makan layan PS2 ler!

RAYA KEDUA
02 Oct - Pagi serang rumah Nie... Tengahari serang rumah Along!
Tiba-tiba diorg organise Cup Ps2 lagi...Cup 1 aku kalah peringkat awal (tapi penalti la...), tapi Cup 2 berjaya kalahkan Argentina untuk masuk Semi, tapi kalah dengan musuh tradisi Spain dalam masa tambahan...



BERGERAK KE KAJANG
Abis rumah Along kami bersurai, terutama ke rumah mertua masing2. Along ke Purun, Ngah ke Klau, Nie ke Kuala Gali, Lan ke Seremban, aku plak ke Kajang. Adik2 lain yg tak kawin lagi dan Lah yg tak balik Perak tahun ni tido rumah Tok di Dong.

RAYA KETIGA
03 Oct
- Tak banyak rumah aku pegi, tapi Alyn, Syira dan Anaty memang aktif beraya ikut makcik2 dia... bagus gak tu at least bole kutip duit raya byk2! Lepas pegi rumah Che Sah, kami spend time sekeluarga di Alamanda, Putrajaya.

RAYA KEEMPAT - BERAYA DI KUALA SELANGOR
04 Oct - Balik Kuala S'gor... sampai jer rumah Nenek, terus pegi beraya ke rumah Bibik2, mula dengan Bik Nab, berakhir dengan Bik Siti...



BALIK RAWANG
05 Oct - Balik Rawang dari K.S'gor selepas Asar. Alhamdulillah tak jem melengkapkan minggu pertama raya yg cukup happening!

13 ~ 16 Aug 2008 - Ngah Masuk Wad SJMC

Abg Ngah telah ditahan di wad SJMC selama 4 hari bermula 13 Ogos berikutan disyaki demam denggi setelah mengalami demam beberapa hari sebelumnya. Namun alhamdulillah semuanya selamat dan Ngah dibenarkan keluar pada hari Sabtu, 16 Ogos.
Aku plak hanya dapat ziarah Ngah pada hari pertama (tu pun dah lewat sangat - jam 10:30pm) dan hari kedua bersama-sama Kak Ngah dan anak2nya.

4th ~ 8th Aug 2008 - Trip to Rayong, Pattaya

Another trip to Ingress Autoventures Thailand, in Rayong... kali ni dengan Zul ITC dan ternyata trip kali ni memang memenatkan sebab terpaksa keja sampai malam ...ada teleconference dengan General Motors worldwide, so kena ikut time USA & Brazil ler....
Tapi alhamdulillah, semuanye berjalan dengan lancar, tapi yg sedihnya tak dapat jumpa my best friend - Khun Nattee seperti yg dirancang atas sebab2 yg tak dpt dielakkan...

Monday, October 6, 2008

29 Jul 2008 - Chelsea vs Malaysia

Aku, Zaki, Yiq, Lee, Kamil & Kawan Zaki layan game Chelsea vs Malaysia kat Stadium Shah Alam.
Game Malaysia OK la jugak... kata org tu tak malu la Malaysia lawan Chelsea.... cuma keadaan fizikal org Malaysia jer yg kecil membataskan pergerakan. Apapun, aku vote Norhafiz Zamani Misbah sebagai Malaysia's Man of The Match & Deco sebagai Chelsea's man of the Match!

Friday, August 15, 2008

Trip to Bangkok - 14 ~ 16 July 2008

Business Trip to Bangkok 14~16th of Jul 2008'
Stay in Gran Majestic Hotel in Bangkok for a meeting with Toyota Asia Pacific members.
Went to Menam Chao Phraya to enjoy a-two-hour-trip in the big ferry together with Mijoe & Supachai! What a journey!

Bercuti Di Penang Sambil Hadiri Majlis Perkahwinan Ruslan Harun

Bermula jam 8pagi dari Rawang, serta berhenti rehat beberapa kali, akhirnya kami tiba di Kg Kota Rentang, Jitra Kedah pada jam 3.30 petang.... Fuhhh! Jauhnye ...
Kemudian kami bergerak ke Hotel Grand Continental di Penang (Sebelah KOMTAR) untuk berehat satu malam sambil menikmati makanan & keindahan di sekitar Pulau Pinang.Pada 12 Jul, kami sekeluarga menempuh perjalanan paling jauh setakat ini ...

Memang percutian yang happening, tapi sungguh memenatkan!

Wednesday, July 9, 2008

Selamat Hari Jadi Anakku - Afza Lyna : 2 Jul 2008

Selamat Hari Jadi ke-5 buat Alyn...
Sambutan secara sederhana dibuat di Tadika Dunia Dinamik bersama2 rakan2 seperjuangan...

Sambutan Hari Jadi - Hanis, Dinah, Arif, Alyn dan Syamim : 28 Jun 2008

Sempena majlis doa selamat di rumah Abg Amin & Nie, kami anjurkan acara sambutan harijadi untuk ahli keluarga yg lahir pada Jun & Jul... So, barisan anak-anak sedara termasuklah Hanis, Dinah, Arif, Alyn dan Syamim beserta Mak & Ayah sedara - Kak Ngah, Lah & Lan...
Very Happening

Majlis Doa Selamat Di Rumah Amin & Nie - 28 Jun 2008

Satu majlis doa selamat sempena kesihatan Nie yang semakin baik selepas menjalani pembedahan awal tahun yg lalu telah selamat diadakan di rumah Abg Amin & Nie pada 28 Jun 2008. Alhamdulillah adik-beradik semua dapat hadir kecuali Man yang bertugas dan Ijal yang baru balik Terengganu... Apapun, diharap semoga semuanya mencapai matlamat yang kami doakan. insya Allah

Tuesday, June 17, 2008

DD pula Kemalangan di Melaka! 14 Jun 2008

Kita Merancang... Tuhan Juga Ada Perancangan!
DD pada usia 26 tahun, mengalami ujian paling besar dalam hidupnya... DD terlibat dalam kemalangan maut yang meragut 2 nyawa berhampiran Stadium Hang Jebat Melaka, lebih kurang 6km dari rumahnya, namun alhamdulillah DD hanya mengalami kecederaan ringan. Puncanya adalah seekor lembu, yang dilanggar berulang-ulang oleh hampir 10 buah kereta, dan DD adalah kereta yang ke-4!
DD tercampak ke tempat duduk sebelah driver setelah melanggar lembu itu dan terseret di dalam SATRIA kesayangannya sejauh hampir 80m. Tiada kecederaan serius!
Di sini kami sekeluarga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yanti sekeluarga yang cukup banyak membantu DD terutama adik-adik Yanti yang tiba di tempat kejadian untuk membantu DD, serta orang tua Yanti yang sudi membawa DD pergi berubat... Hanya ALLAH dapat membalas jasa kamu.
Dan semoga kunjungan semangat Lah sekeluarga pada 15 Jun dan Ngah, Yus, Lan & Lee pada 16 Jun sampai main snooker dapat sedikit sebanyak memberi bekalan buat DD!
Kereta di bengkel 16 Jun 2008






Kereta beberapa jam sebelum tragedi... DD baru lepas tukar exhaust

Lembu yang dilanggar ... sampai dah jadi carpet! Sebuah MyVi terbalik di tempat kejadian






Kereta rosak teruk... tapi alhamdulillah DD selamat!



Dugaan & Ujian Datang Menimpa 3 Jun 2008 - Tragedi Kemalangan Menimpa Zaki

Aduh... Tahun lepas Pie dengan Mak terkena api sehingga Pie masuk ICU di Hospital Temerloh akibat 70% terbakar. Lepas tu Ngah & Kak Ngah plak accident di Subang hingga Kak Ngah terpaksa menjalani pembedahan memasukkan besi ke dalam kaki. Menjelang akhir tahun 2007, Kak Nie plak masuk Wad di Hospital Kuantan untuk jalani pembedahan di perut!!!

Tahun ni plak Zaki kena langgar oleh Mat Rempit BODOH yang langsung takde lesen!

Tragedi bermula bila Zaki yang menaiki motor Kriss bergerak dari rumah Along untuk balik ke rumah Mak di Taman Bukit Koman (dalam kira-kira 5km). Tiba-tiba, sampai jer kat simpang TBK tu, Zaki dilanggar dari belakang setelah Mat Rempit BODOH tu cuba memotong di double line & simpang!
Kemalangan ngeri itu mengakibatkan Zaki terlantar beberapa hari di Hospital Raub, patah tangan kanan & menerima beberapa jahitan di kepala (atas telinga)... Motor pun masuk workshop!
So, BERHATI-HARI DI JALAN RAYA!

Zaki kemalangan 3 Jun 2008 - Patah tangan Kanan, Jahit Kepala atas telinga kanan



Nie Masuk Wad 24 Dis 2007 Jalani Pembedahan







Pie bertarung dengan Nyawa 4~10 Ogos 2007



Mak turut tercedera














Melecur 70% Badan!