Wednesday, September 30, 2009

Aidilfitri 1430H

Lagu Raya favorite aku kekal... lagu Jamal Abdillah - "Assalamualaikum, salam hamba hulur tanda ingatan....."

Selain Jamal sendiri memang aku minat, liriknya adalah penyebab aku admire lagi ni...




Tahun ni Aidilfitri disambut lebih meriah berbanding tahun sebelumnya, mungkin sebab aku lebih menghayati ataupun mungkin sebab aku kongsi kegembiraan dengan Alyn yg tinggal puasa cuma 7 hari tahun ni, atau mungkin gak sebab urusan 'shopping baju raya aku tak terlibat, semua diuruskan Wife aku, so aku tak terasa 'kehangatan keluar duit tu kut'

Malam raya mertua decide nak berlemang, especially bila sambut dengan menantu baru yg balik cuti dari Sarawak, mesti la nak ada kelainan...aku yg selalu 'tuang' time persiapan makanan raya ni seperti tahun2 terdahulu, tiba2 dilantik in-charge bakar lemang... ingat bakat jer, OK la, tup tup masuk daun pisang dah start...terpaksa la buat2 hero... setelah bermain api selama 5 jam aku mula 'cuak' sebab santan belah atas masih cair, berdasar pengalaman berlemang, jam ke-2 dah kena tambah santan, jam ke5 dah angkat... tup tup kali ni santan masih cair, berpeluh gak la, so aku decide tunggu la sejam lagi, talian hayat kat abg2 aku semua gagal...jam ke6 aku decide nak angkat la, lgpun semua dah tido tinggal aku dgn adik ipar jer, bukak punye bukak rupanye dah masak dah, keras la sket area yg tambah sejam lg tu... siasat punye siasat rupe2nye terkutang letak beras, letak setengah jer, patutnye letak penuh.... Apapun berjaya gak aku berlemang, ada credit la Raya tahun ni...

Lepas sembahyang Raya di Masjid Sg Ramal Dalam Kajang, kami gerak ke Kuala Selangor, perjalanan yg biasanye kurang 2 jam, terpaksa diharung selama lebih 3 jam akibat ada kemalangan maut di Puchong...




Semua rumah Wak-wak, paman-paman, bibik-bibik & nenek atok
settle petang raya tu gak, cuma aku terkilan tak dpt rasa rendang favorite Bibik Kitik yg takde kat umah....
Raya ke-2 petang balik Raub, mula di Rumah Dato' Shah, pastu biasala, game PES & cangkung mewarnai raya tahun ni spt tahun2 lalu, termasukla tido umah Along & Abg Amin, selain Open House umah Mak di Raub pada raya ke4 & Mak Kajang pada raya ke 6... letih gak ler, sekejap Kajang sekjap Raub, tapi meriah tullll...


"Assalamualaikum, Salam hamba hulur tanda ingatan
Buat semua insan umat IslamDi pagi syawal,
Pada bonda tercinta,
Pada ayah yang rela berkorban.
Mohon keampunan dosa-dosa Yang ku lakukan...

Untukmu duhai dinda yang setia Harungi derita,
Marilah bersama kita saling Bermaaf-maafan
Semoga lebaran ini Membawa keinsafan diri
Sejarah yang hitam Agar tidak terulang Untuk selamanya
Pada dia yang pergi Kita hulur doa tulus suci Agar roh mereka dicucuri Oleh rahmat Nya."

Tuesday, September 15, 2009

Tennis US Open 2009

Tiba-tiba aku terpanggil untuk tulis sesuatu yang mungkin ada kaitan, di antara Bulan Ramadhan, Bulan Syawal & US Open 2009...

Semalam 'Mama' Clijsters bertarung untuk tumpaskan Sweet 19 Wozniacki... hari ni Del Piero eehh! Del Potro tamatkan penguasaan Fedex 5 tahun berturut2 di US Open...
Terdahulu, Serena tewas dalam keadaan paling memalukan yg pernah aku tengok, dan Nadal juga tumpas atas alasan 'not fully fit'...

Apa significant aku nak kaitkan dengan Ramadhan?

Mama Clijsters... selepas 2 tahun 'berehat', tiba2 muncul untuk menang US$1.5mil...resepinya, bak kata Federer, "tennis ibarat naik basikal, sekali pandai, selamanya pandai" ...cuma Mama mengatakan wujud 'ketenangan' selepas kawin & dapat anak yg membantu dia utk lebih fokus dengan tenang & mudah...
Tertanya aku, apa kesudahannya hidup ni, sesudah Ramadhan menjengah senja? Bukankah puasa juga ibarat tenis? Sekali bole puasa, mesti bila2pun bole puasa...
Apakah ketenangan yang dicapai ala-Mama Clijsters tu mampu dicapai dlm solat? Sabtu yg lepas adalah malam ke-23 Ramadhan, yg disebut2 sebagai Malam Lailatul-Qadar oleh kebanyakan kitab2 lama...
Dimanakah ketenangan aku di malam itu? ManCity vs Arsenal lebih penting dari Lailatul-Qadar? Adakah sentiasa perlu ada anjakan lain dalam hidup baru nak berubah lalu meraih ketenangan yg dicari?

Pasrah betapa hidup ini perlu selalu muhasabah diri, insya-Allah aku berazam untuk lebihkan peluang untuk diri ini terus berpuasa sesudah Ramadhan sambil mengharapkan agar diberi kesempatan moga bertemu Ramadhan akan datang dgn lebih tenang & fokus...

Ketika Del Potro menangis kemenangan, dia tetap berpijak dibumi nyata, demi sahabat & kaum keluarga, dia berucap kegembiraan dalam bahasa Spanish tanpa tersedar air mata mengalir...

Apakah Syawal yang menjelang nanti akan disambut dengan tangisan kemenangan & kejayaan melawan nafsu selama sebulan?
Di zaman sekolah dulu aku pernah melalui satu ketika menangis tanpa sedar, sewaktu menang Pidato Kenegaraan Peringkat Negeri Pahang 2005...aku juga pernah menangis kesedihan beberapa kali menginsafi kebodohan diri...
Justeru aku percaya, tangisan del Potro itu penuh makna, dan semoga aku juga dapat merasainya sekali lagi ketika menyambut Syawal kelak...

Semakin hari semakin hampir___Selamat Tinggal Ramadhan...

Wednesday, August 26, 2009

Melentur Buluh...

Alhamdulillah, setelah didorong pelbagai usaha semua, Alyn akhirnya berjaya mencipta sejarah berpuasa penuh pada 4 Ramadhan 1430 bersamaan 25 Ogos 2009...
Seronok tengok anak puasa ni. Time keja pun sibuk nak tau status dia, masih puasa atau dah terbengkalai.

Teringat zaman kecik2 dulu, entah masa bila aku mula2 berjaya puasa penuh buat pertama kali, kalau zaman nakal2 dulu, ramai2 makan dalam toilet la, bakar ayam tepi sungai, tragedi murtabak, kantoi isap rokok, mcm2la...iskh! banyak dosa aku ni!
Kalau nak tips untuk ajar anak2 mula puasa (aku dulu pun tertanya2 mcmn la nak mulakan...), aku rasa kita mesti sentiasa pastikan environment dia adalah environment 'puasa' serta kejutkan dia untuk bersahur. Faktor persekitaran ni cukup penting untuk pengaruhi dia...

kat tempat aku, Surau Nur Ikhwan, Taman Rawang Perdana (http://suaranurikhwan.blogspot.com/) cukup meriah dengan pelbagai aktiviti Ramadhan. Malah, kehadiran al-hafiz ustaz Jamal mengimamkan terawikh menambah semangat untuk para jemaah dek bacaan ala imam Saad al-Ghamidi-nya...

Sama-samalah kita memanfaatkan Ramadhan ini, kerana Ramadhan yg akan datang, entahkan sempat entahkan tidak...

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Firman Allah swt, bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." Surah al-Baqarah ayat 183.
Dan bersempena bulan Ramadhan bermula esok, aku menyusun jari memohon maaf kepada semua ahli keluarga, sahabat handai, guru-guru dan semua yang pernah berhubungan dengan aku... Semoga ibadat kita dilipatgandakan sepanjang bulan yang mulia ini, insya-Allah.

Salam Ramadhan & Selamat Beribadat...

Monday, August 17, 2009

Sambutan Kemerdekaan Kawasan Bukit Beruntung

Alhamdulillah, berkat doa & atas kebesaran Allah, anak-anak aku dah sembuh, cuma ada batuk2 sikit. Selepas tak sekolah (tadika) selama lebih seminggu, diorang disahkan sihat untuk masuk perbarisan kemerdekaan area bukit Beruntung... Alyn & Syira jer, Anaty dikecualikan sebab bawah umur. Yang letihnya, kena bangun seawal jam 6.30am hari AHAD!!!!!!!
Syira laungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! di atas pentas VIP... Semoga dia akan mewarisi dan mempertahankan kemerdekaan ini di masa depan...




Alyn, antara senior yg menjadi tulang belakang perbarisan Tadika Dunia Dinamik


Syira barisan paling depan

Alyn bersemangat seawal jam 7pg!







Syira pun semangat jugak... tapi nampak sangat muka yg tak cukup tidur!


Anaty pun ada!


Majlis yg dirasmikan Datuk Shuhaimi Ibrahim, SU Politik Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, cukup meriah dgn kehadiran pelbagai lapisan & bangsa... dan paling membanggakan, anak2 aku yg berbaris atas tiket Tadika Dunia Dinamik berjaya menjadi Johan Perbarisan Kategori Pra Sekolah!!!
Mana taknya, baju sponsor!



Tuesday, August 11, 2009

The Worst Part of My Life

Kesian aku tengok anak-anak aku, kesemua 3 anak dara aku demam panas sejak seminggu lepas



.
Alyn paling teruk kena, demam + batuk, dia memang lemah betul, nak bangun pun kadang2 tak larat, bila malam mesti merengek menangis kelemahan, kena sentiasa pastikan kepala & badan basah...
Syira mula sekali yg kena, dia mula dengan muntah2 & cirit birit, tapi dia steady... walaupun demam dia aktif, cuma time tidur memang kena peluk dia, kalau tak, terjaga la dia mencari kita tengah2 malam ....
Anaty demam & selsema. Makan ubat no problem, tapi kena pujuk la. Dia aktif juga tapi sekali kena panas melampau tu, kesian tengok dia melepek jer....
Doktor kata virus infection biasa jer, aku pasrah pada ketentuanNya, insyaAllah betul la tu... bak kata Imam khutbah Jumaat baru2 ni, H1N1 tu adalah satu bala daripada Allah, diturunkan supaya manusia insaf! .... keadaan demam anak2 aku ini menuntut keinsafan untuk aku muhasabah diri, mungkin Allah memberi peringatan & peluang untuk aku memperbetulkan yg tidak betul selama ini...
Seminggu demam 3 Dara aku tu tak baik2 lagi...adalah "the worst part of my life" thus far!

Wednesday, July 29, 2009

Petunjuk Allah....

Aku rasa kadang2 kita pernah mengalami, takpun menjumpai mcm2 kejadian, perkara atau situasi yang kita tak berapa selesa... yang mungkin adakalanya kita rasa canggung, ada juga masanya kita benci!

Setiap daripada kita impikan yg terbaik untuk hidup kita, kesempurnaan ini adalah idaman semua org...justeru tatkala berselisih dgn situasi yg kita benci akan terdetiklah di hati kita bahawa situasi itu mengganggu kesempurnaan hidup kita!!!

Aku pun sama... bila melihat kegelojohan dunia ni, dengan segala macam karenah, sama ada di tempat awam, pejabat, mahupun di alam persendirian, terdetik jua kebencian itu.

Nasihat aku pada diri sendiri, setiap kejadian ada hikmahnya...dan Allah bukan tak sengaja memilih kita untuk berada di situasi yg kita 'benci' tu... sebaliknya ingatlah bahawa kita sebenarnya 'terpilih' untuk berada di situasi itu...kerana ada hikmah yg terhidang untuk kita jamu.

Daripada memberontak melawan kebencian itu, lebih baik kita fikirkan kebaikan yg dijanjikan Allah di sebalik kebencian itu. Andai kita 'benci' sebab ada rakan yg suka ambil kesempatan, mungkin Allah beri petunjuk kpd kita sifat2 yg harus kita jauhi, andai terserempak dgn kecurangan suami atau isteri, mungkin Allah beri petunjuk kepada kita untuk menilai diri sendiri dlm berpasangan untuk mengelak diri sendiri dr terjebak perkara seumpama. Andai kita terserempak dgn perkara2 munafik, mungkin itu petunjuk untuk kita betapa jeleknya perangai seumpama itu...untuk kita amalkan suruhanNya, tinggalkan laranganNya.

Lantas, percayalah betapa petunjuk Allah itu ada hikmahNya....

Dan Allah menjanjikan
"[2] Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
[3]Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik
[4]Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.
[5]Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
[6]Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan."
(Surah Luqman).
InsyaAllah...