Wednesday, September 30, 2009

Aidilfitri 1430H

Lagu Raya favorite aku kekal... lagu Jamal Abdillah - "Assalamualaikum, salam hamba hulur tanda ingatan....."

Selain Jamal sendiri memang aku minat, liriknya adalah penyebab aku admire lagi ni...




Tahun ni Aidilfitri disambut lebih meriah berbanding tahun sebelumnya, mungkin sebab aku lebih menghayati ataupun mungkin sebab aku kongsi kegembiraan dengan Alyn yg tinggal puasa cuma 7 hari tahun ni, atau mungkin gak sebab urusan 'shopping baju raya aku tak terlibat, semua diuruskan Wife aku, so aku tak terasa 'kehangatan keluar duit tu kut'

Malam raya mertua decide nak berlemang, especially bila sambut dengan menantu baru yg balik cuti dari Sarawak, mesti la nak ada kelainan...aku yg selalu 'tuang' time persiapan makanan raya ni seperti tahun2 terdahulu, tiba2 dilantik in-charge bakar lemang... ingat bakat jer, OK la, tup tup masuk daun pisang dah start...terpaksa la buat2 hero... setelah bermain api selama 5 jam aku mula 'cuak' sebab santan belah atas masih cair, berdasar pengalaman berlemang, jam ke-2 dah kena tambah santan, jam ke5 dah angkat... tup tup kali ni santan masih cair, berpeluh gak la, so aku decide tunggu la sejam lagi, talian hayat kat abg2 aku semua gagal...jam ke6 aku decide nak angkat la, lgpun semua dah tido tinggal aku dgn adik ipar jer, bukak punye bukak rupanye dah masak dah, keras la sket area yg tambah sejam lg tu... siasat punye siasat rupe2nye terkutang letak beras, letak setengah jer, patutnye letak penuh.... Apapun berjaya gak aku berlemang, ada credit la Raya tahun ni...

Lepas sembahyang Raya di Masjid Sg Ramal Dalam Kajang, kami gerak ke Kuala Selangor, perjalanan yg biasanye kurang 2 jam, terpaksa diharung selama lebih 3 jam akibat ada kemalangan maut di Puchong...




Semua rumah Wak-wak, paman-paman, bibik-bibik & nenek atok
settle petang raya tu gak, cuma aku terkilan tak dpt rasa rendang favorite Bibik Kitik yg takde kat umah....
Raya ke-2 petang balik Raub, mula di Rumah Dato' Shah, pastu biasala, game PES & cangkung mewarnai raya tahun ni spt tahun2 lalu, termasukla tido umah Along & Abg Amin, selain Open House umah Mak di Raub pada raya ke4 & Mak Kajang pada raya ke 6... letih gak ler, sekejap Kajang sekjap Raub, tapi meriah tullll...


"Assalamualaikum, Salam hamba hulur tanda ingatan
Buat semua insan umat IslamDi pagi syawal,
Pada bonda tercinta,
Pada ayah yang rela berkorban.
Mohon keampunan dosa-dosa Yang ku lakukan...

Untukmu duhai dinda yang setia Harungi derita,
Marilah bersama kita saling Bermaaf-maafan
Semoga lebaran ini Membawa keinsafan diri
Sejarah yang hitam Agar tidak terulang Untuk selamanya
Pada dia yang pergi Kita hulur doa tulus suci Agar roh mereka dicucuri Oleh rahmat Nya."

Tuesday, September 15, 2009

Tennis US Open 2009

Tiba-tiba aku terpanggil untuk tulis sesuatu yang mungkin ada kaitan, di antara Bulan Ramadhan, Bulan Syawal & US Open 2009...

Semalam 'Mama' Clijsters bertarung untuk tumpaskan Sweet 19 Wozniacki... hari ni Del Piero eehh! Del Potro tamatkan penguasaan Fedex 5 tahun berturut2 di US Open...
Terdahulu, Serena tewas dalam keadaan paling memalukan yg pernah aku tengok, dan Nadal juga tumpas atas alasan 'not fully fit'...

Apa significant aku nak kaitkan dengan Ramadhan?

Mama Clijsters... selepas 2 tahun 'berehat', tiba2 muncul untuk menang US$1.5mil...resepinya, bak kata Federer, "tennis ibarat naik basikal, sekali pandai, selamanya pandai" ...cuma Mama mengatakan wujud 'ketenangan' selepas kawin & dapat anak yg membantu dia utk lebih fokus dengan tenang & mudah...
Tertanya aku, apa kesudahannya hidup ni, sesudah Ramadhan menjengah senja? Bukankah puasa juga ibarat tenis? Sekali bole puasa, mesti bila2pun bole puasa...
Apakah ketenangan yang dicapai ala-Mama Clijsters tu mampu dicapai dlm solat? Sabtu yg lepas adalah malam ke-23 Ramadhan, yg disebut2 sebagai Malam Lailatul-Qadar oleh kebanyakan kitab2 lama...
Dimanakah ketenangan aku di malam itu? ManCity vs Arsenal lebih penting dari Lailatul-Qadar? Adakah sentiasa perlu ada anjakan lain dalam hidup baru nak berubah lalu meraih ketenangan yg dicari?

Pasrah betapa hidup ini perlu selalu muhasabah diri, insya-Allah aku berazam untuk lebihkan peluang untuk diri ini terus berpuasa sesudah Ramadhan sambil mengharapkan agar diberi kesempatan moga bertemu Ramadhan akan datang dgn lebih tenang & fokus...

Ketika Del Potro menangis kemenangan, dia tetap berpijak dibumi nyata, demi sahabat & kaum keluarga, dia berucap kegembiraan dalam bahasa Spanish tanpa tersedar air mata mengalir...

Apakah Syawal yang menjelang nanti akan disambut dengan tangisan kemenangan & kejayaan melawan nafsu selama sebulan?
Di zaman sekolah dulu aku pernah melalui satu ketika menangis tanpa sedar, sewaktu menang Pidato Kenegaraan Peringkat Negeri Pahang 2005...aku juga pernah menangis kesedihan beberapa kali menginsafi kebodohan diri...
Justeru aku percaya, tangisan del Potro itu penuh makna, dan semoga aku juga dapat merasainya sekali lagi ketika menyambut Syawal kelak...

Semakin hari semakin hampir___Selamat Tinggal Ramadhan...

Wednesday, August 26, 2009

Melentur Buluh...

Alhamdulillah, setelah didorong pelbagai usaha semua, Alyn akhirnya berjaya mencipta sejarah berpuasa penuh pada 4 Ramadhan 1430 bersamaan 25 Ogos 2009...
Seronok tengok anak puasa ni. Time keja pun sibuk nak tau status dia, masih puasa atau dah terbengkalai.

Teringat zaman kecik2 dulu, entah masa bila aku mula2 berjaya puasa penuh buat pertama kali, kalau zaman nakal2 dulu, ramai2 makan dalam toilet la, bakar ayam tepi sungai, tragedi murtabak, kantoi isap rokok, mcm2la...iskh! banyak dosa aku ni!
Kalau nak tips untuk ajar anak2 mula puasa (aku dulu pun tertanya2 mcmn la nak mulakan...), aku rasa kita mesti sentiasa pastikan environment dia adalah environment 'puasa' serta kejutkan dia untuk bersahur. Faktor persekitaran ni cukup penting untuk pengaruhi dia...

kat tempat aku, Surau Nur Ikhwan, Taman Rawang Perdana (http://suaranurikhwan.blogspot.com/) cukup meriah dengan pelbagai aktiviti Ramadhan. Malah, kehadiran al-hafiz ustaz Jamal mengimamkan terawikh menambah semangat untuk para jemaah dek bacaan ala imam Saad al-Ghamidi-nya...

Sama-samalah kita memanfaatkan Ramadhan ini, kerana Ramadhan yg akan datang, entahkan sempat entahkan tidak...

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Firman Allah swt, bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." Surah al-Baqarah ayat 183.
Dan bersempena bulan Ramadhan bermula esok, aku menyusun jari memohon maaf kepada semua ahli keluarga, sahabat handai, guru-guru dan semua yang pernah berhubungan dengan aku... Semoga ibadat kita dilipatgandakan sepanjang bulan yang mulia ini, insya-Allah.

Salam Ramadhan & Selamat Beribadat...

Monday, August 17, 2009

Sambutan Kemerdekaan Kawasan Bukit Beruntung

Alhamdulillah, berkat doa & atas kebesaran Allah, anak-anak aku dah sembuh, cuma ada batuk2 sikit. Selepas tak sekolah (tadika) selama lebih seminggu, diorang disahkan sihat untuk masuk perbarisan kemerdekaan area bukit Beruntung... Alyn & Syira jer, Anaty dikecualikan sebab bawah umur. Yang letihnya, kena bangun seawal jam 6.30am hari AHAD!!!!!!!
Syira laungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! di atas pentas VIP... Semoga dia akan mewarisi dan mempertahankan kemerdekaan ini di masa depan...




Alyn, antara senior yg menjadi tulang belakang perbarisan Tadika Dunia Dinamik


Syira barisan paling depan

Alyn bersemangat seawal jam 7pg!







Syira pun semangat jugak... tapi nampak sangat muka yg tak cukup tidur!


Anaty pun ada!


Majlis yg dirasmikan Datuk Shuhaimi Ibrahim, SU Politik Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, cukup meriah dgn kehadiran pelbagai lapisan & bangsa... dan paling membanggakan, anak2 aku yg berbaris atas tiket Tadika Dunia Dinamik berjaya menjadi Johan Perbarisan Kategori Pra Sekolah!!!
Mana taknya, baju sponsor!



Tuesday, August 11, 2009

The Worst Part of My Life

Kesian aku tengok anak-anak aku, kesemua 3 anak dara aku demam panas sejak seminggu lepas



.
Alyn paling teruk kena, demam + batuk, dia memang lemah betul, nak bangun pun kadang2 tak larat, bila malam mesti merengek menangis kelemahan, kena sentiasa pastikan kepala & badan basah...
Syira mula sekali yg kena, dia mula dengan muntah2 & cirit birit, tapi dia steady... walaupun demam dia aktif, cuma time tidur memang kena peluk dia, kalau tak, terjaga la dia mencari kita tengah2 malam ....
Anaty demam & selsema. Makan ubat no problem, tapi kena pujuk la. Dia aktif juga tapi sekali kena panas melampau tu, kesian tengok dia melepek jer....
Doktor kata virus infection biasa jer, aku pasrah pada ketentuanNya, insyaAllah betul la tu... bak kata Imam khutbah Jumaat baru2 ni, H1N1 tu adalah satu bala daripada Allah, diturunkan supaya manusia insaf! .... keadaan demam anak2 aku ini menuntut keinsafan untuk aku muhasabah diri, mungkin Allah memberi peringatan & peluang untuk aku memperbetulkan yg tidak betul selama ini...
Seminggu demam 3 Dara aku tu tak baik2 lagi...adalah "the worst part of my life" thus far!

Wednesday, July 29, 2009

Petunjuk Allah....

Aku rasa kadang2 kita pernah mengalami, takpun menjumpai mcm2 kejadian, perkara atau situasi yang kita tak berapa selesa... yang mungkin adakalanya kita rasa canggung, ada juga masanya kita benci!

Setiap daripada kita impikan yg terbaik untuk hidup kita, kesempurnaan ini adalah idaman semua org...justeru tatkala berselisih dgn situasi yg kita benci akan terdetiklah di hati kita bahawa situasi itu mengganggu kesempurnaan hidup kita!!!

Aku pun sama... bila melihat kegelojohan dunia ni, dengan segala macam karenah, sama ada di tempat awam, pejabat, mahupun di alam persendirian, terdetik jua kebencian itu.

Nasihat aku pada diri sendiri, setiap kejadian ada hikmahnya...dan Allah bukan tak sengaja memilih kita untuk berada di situasi yg kita 'benci' tu... sebaliknya ingatlah bahawa kita sebenarnya 'terpilih' untuk berada di situasi itu...kerana ada hikmah yg terhidang untuk kita jamu.

Daripada memberontak melawan kebencian itu, lebih baik kita fikirkan kebaikan yg dijanjikan Allah di sebalik kebencian itu. Andai kita 'benci' sebab ada rakan yg suka ambil kesempatan, mungkin Allah beri petunjuk kpd kita sifat2 yg harus kita jauhi, andai terserempak dgn kecurangan suami atau isteri, mungkin Allah beri petunjuk kepada kita untuk menilai diri sendiri dlm berpasangan untuk mengelak diri sendiri dr terjebak perkara seumpama. Andai kita terserempak dgn perkara2 munafik, mungkin itu petunjuk untuk kita betapa jeleknya perangai seumpama itu...untuk kita amalkan suruhanNya, tinggalkan laranganNya.

Lantas, percayalah betapa petunjuk Allah itu ada hikmahNya....

Dan Allah menjanjikan
"[2] Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
[3]Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik
[4]Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.
[5]Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
[6]Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan."
(Surah Luqman).
InsyaAllah...

Thursday, July 9, 2009

PPSMI

(For the first time in history, blog aku ni mengupas isu semasa)

Terkilan, terkilan & kecewa dengan keputusan mansuhkan PPSMI!!!

Sokong Dr M - DrM sad over decision; NST July 9, 2009 - page 4.

Pendapat aku kekal, jangan mansuhkan, but at least beri option, sape nak anak dia belajar dlm English, maintain dlm kelas English, nak belajar dlm BM tukar kelas BM. Aku rasa, initial stage mungkin akan ada 50:50, tapi within 3 to 4 years, above that 75% akan masuk kelas PPSMI...

Tapi keputusan di tangan Education Minister - lets pray for the best to our kids - anak2 aku gak tu! Jangan nanti lepas pilihanraya, tukar menteri tukar plak lagi keputusan dah ler...

Wednesday, July 1, 2009

Result Exam Pertengahan Tahun Anak2

Adussss! Tersasar pulak...

Alyn Target No.1 tapi jatuh no.4 - Semua A tapi % kalah sebab BM tak score!!!

Syira Target Top 3 dapat No.1... Alhamdulillah!

Tahniah jugak pada Ayie yg dapat No.2 & Hanis No.4...

Friday, June 12, 2009

Terkenang Semasa Dulu...

Recently, aku terimbas kenangan semasa di USM!

Mana taknye, Mula2 antar adik bongsu, Nurul Akhmar Aisyah daftar kat UPSI, Tg Malim - pastu antar adik ipar, Husna kat UiTM Segamat, sambil tu visit adik ipar sorang lagi, Hidayah yang baru sebulan kat Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak....

Peredaran masa menyumbang kepada kemudahan yg lebih selesa - dewan kuliah & bilik penginapan yg serba lengkap, serta persekitaran yg mendamaikan. Aku dulu, kat Desasiswa Cahaya USM, bilik mandi pun takde pintu, tandas ada 5, tapi yg bole kunci pintu 1 jer.... isssskh! Sadis!

Cuma, di antara 3 pusat pengajian tu, aku nampak UiTM Segamat jauh ketinggalan. Bangunan yg usang, kemudahan penginapan yg ketinggalan... persekitarannya tak membantu suasana belajar berbanding UPSI & Kolej Matriks, nampaknya student UiTM Segamat kena create sendiri suasana....

aku tak expect sape2 dr UiTM untuk komen, tapi disebabkan adik aku sendiri lecturer UiTM Melaka serta ex-office mate aku Pen. Pendaftar UiTM Melaka, so, unofficially aku dah ter'complaint' kat diorg!

USM jugak di hati ku...

Thursday, June 11, 2009

GARAP

GARAP - Gabungan Anak Muda Raub & Perantauan (GARAP); platform silaturrahim anak2 muda Raub terutamanya di Perantauan, dikemudi Amien & Lee tengah mula belayar baru-baru ni. Aku; penyumbang nama GARAP, telah dilantik jaga Membership & Event.... Fuhhh! Mampus dibuatnya...

Penubuhan GARAP - 300 ahli melalui media perhubungan anak-pahang.net - satu kejayaan yg terpuji.

Aktiviti Terkini GARAP...

30 Mei 2009
Bolasepak 16-Sebelah anjuran Ketua-Ketua Kampung (hadiah cabutan bertuah 2 ekor kambing)

Perlawanan persahabatan Perantau vs Tempatan; Perantau menang 5-2!

27 Jun 2009
Program Silaturrahim Bolasepak Perantau vs Tempatan di Stadium UIA Gombak
Meriah! Sangat Meriah! Dalam 500 orang memenuhi stadium!
Anak2 & Ibu2 cukup sporting menyertai program masing2
Tahniah pada Anak Muda Tempatan yg berjaya jadi JUARA!
Kehadiran Dato' Shahiruddin, ADUN YB Aziz cukup memeriahkan program!

Monday, May 25, 2009

Harapan

"Damai hati terang sudah
Perjalanan yang kita
Harung bersama

Pasti engkau kan bertanya
Apakah kita ini dijadi untuk mencari
Erti ikatan yang seakan dijanji

Kita insan yang berharapan...."

Cebisan Lirik Lagu "Harapan" (Wings)


Di tengah-tengah kegopohan melanggani tuntutan dunia, kita sering dikejutkan dengan kesedihan. Kali ni, khabar kawan-kawan yang di kejauhan mendetikkan hati untuk mendekatkan diri pada Iman, percayalah pada Qada' & Qadar!!!

Beid @ Zubaidah Hj Mohd Tohsin, disahkan dijangkiti "Breast Cancer" Level 3... Beid kini sedang mengikuti terapi di HKL - didoakan semoga Beid cepat sembuh, insyaAllah.

Lunch-Up @ Ruslan Harun, dalam kegembiraan kelahiran puteri sulung, terpaksa menemani isteri di Wad ICU lantaran sesak nafas & darah tinggi.

Segagah manapun, selemah manapun, kita wajib percaya pada ketentuan-Nya. Kita mempunyai impian, HARAPAN yang fatamorgana, tapi cerita kita sudah tertulis...


Kami sekeluarga mendoakan kesejahteraan, kesihatan, keselamatan dan keampunan dari Allah, untuk dikurniakan yang terbaik khusus buat Beid & Lan sekeluarga, serta seluruh umat Islam.

InsyaAllah

Wednesday, May 20, 2009

Melangkau 33 tahun...

Bulan Mei adalah bulan paling sibuk dalam hidup...

17 Mei adalah Birthday Isteriku yang Tercinta: Zulaiha Abdullah yang genap 30 tahun ...

Serangkap Pantun Teristimewa :
"7 Tahun Hidup Berpasangan,
Resmi Berkasih Bersulam Duka,
Maaf Di Atas Segala Kekurangan,
Selamat Hari Lahir Sayangku yang Tercinta."
hari ini 20 Mei 2009, maka genaplah aku 33 tahun... Nak kata tua, rasanya masih muda, nak kata muda rasanya main bola dah pancit!
So, aku panjatkan doa kepada Allah, semoga Allah makbulkan doa aku ini...
"Ya Allah, selamatkanlah aku, isteriku, ayah dan ibuku, anak-anakku, keluargaku, guru-guruku, rakan-rakan teman seperjuanganku, temanku di sekolah, di universiti, di tempat kerja, di padang permainan, majikanku, dan seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup mahupun yang telah pergi. Selamatkanlah kami dari perkara-perkara yang Engkau ingkari dan kurniakanlah kami kekuatan, ketenangan, kemudahan, petunjuk dan keimanan untuk berbuat kebajikan, untuk melaksanakan amanah kami di muka bumi ini, semoga kami sentiasa mendapat rahmat dan hidayah dariMu."
Amin.

Tuesday, May 19, 2009

Kasihnya Ibu....


Sempena Hari Ibu yang baru berlalu...
Selamat Hari Ibu untuk semua Ibu-Ibu yang ada di dunia ni, termasuk Mak, Mak Kajang, Mak pada 3 org anak aku...

Sekalung Puisi Untuk Mak

"Berdebar Di Hening Subuh"

Biarlah kedinginan hari ini mengerti,
Betapa tepunya ruang yang ada,
Untukku lunaskan segalanya.

Biarlah kesamaran pagi ini mengerti,
Betapa sukarnya hati ini,
Untukku ibaratkan kasih sayangnya.

Biarlah titisan embun ini mengerti,
Betapa sucinya airmata ini,
Untukku curahkan kesempurnaanya.

Berdebar Di Hening Subuh ini,
Bersulam laungan azan yang memanggil,
Menuntut pengertian alam,
Begitu tipisnya peluang,
Untuk membalas pengorbananmu,
Begitu pupusnya kiasan,
Untuk melukiskan kasih sayangmu,
Begitu lemahnya sifat kami,
Untuk menyamai kecekalanmu.

Di Hening Subuh ini
Mungkinkan terbitnya mentari ciptaan Illahi,
Yang sinari seluruh alam,
Sebagai tanda penghormatan,
Tanda kasih sayang,
Tanda Terima Kasih,
Buatmu Ibu,
Yang menyinari hidup kami.

Berdebar di Hening Subuh ini,
Dengan keazaman yang ikhlas,
Di atas keikhlasan hati,
Sepenuh jiwa raga kasih dan sayang,
Ku ucapkan,
Selamat Hari Ibu.

(YMK-Ampang-Mei 2009)
Buat Ibuku Zainun binti Hussain, Ibu mertuaku Subaidah binti Mustapha, Nenek mertuaku, Arwah Wan Lipis - Yang Chek bt Awang Perang, Arwah Wan Dong - Zaharah bt Siran, Ibu angkat (di Kuala Gali, di Permatang Tok Gelam, di Bukit Bunga serta di Lempor Hilir) & teristimewa buat ibu kepada anak2ku - Zulaiha bt Abdullah.

Tuesday, March 10, 2009


Kesibukan di hujung tahun mengakibatkan ketidak-aktifan Blog ini...
Namun, untuk wrap up tahun 2008, sebenarnya bulan Disember adalah bulan paling sibuk dalam tahun 2008...
Mula-mula penuh dengan majlis kahwin kawan-kawan, pastu plak adik ipar kawin sebelum diakhiri dengan adik bertunang di Melaka... (alasan!) Bulan Disember jugak jatuhnya Hari Raya AidilAdha...
Kawan yang kawin Disember 2008
1. Tiger
2. Hassan
3. Roy
4. OD
Fairus plak kawin di Ketereh Kelantan pada 11 Disember sebelum majlis di Kajang pada 21 Disember...
DD bertunang di Melaka pada 28 Disember
Namun, antara detik Disember yang jugak untuk dikenang adalah...

a) Alyn jumpa Dentist pada 13 Dis


b) Syira melecur kaki dan tapak kaki terkena exhaust motor 4 Dis 2008


Sambil itu, terkenang jugak ujian yang menimpa Ngah & Irfan yang masuk wad akibat ujian masing2...
Ngah di SJMC kerana suspek denggi
Irfan (3 tahun) selepas pembedahan angin pasang, terus sunat di HKL